Tips atasi perut kembung.

By Cikla Shahril - September 10, 2015

Masalah perut kembung selalu dialami oleh bayi dan kanak-kanak, tapi jangan tak tau orang dewasa pun boleh mengalaminya. Jangan ambil ringan hal ini, sebab walaupun ia bukan penyakit serius tapi ia boleh menyebabkan perut rasa tak selesa. 

Tips atasi perut kembung.
Tips atasi perut kembung. Kredit Google. 

So, ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita mengurangkan rasa sakit perut kembung. 

  1. Minum paling tidak 30 minit sebelum makan sebab ia boleh membantu perut melakukan proses pencernaan dengan lebih baik.
  2. Jangan makan atau minum dalam keadaan cepat sebab masa menelan, kita sebenarnya 'makan' lebih banyak udara berbanding makanan. So, pertambahan gas akan berlaku. Maka, perut akan kembung.
  3. Jauhi tabiat buruk seperti merokok, kunyah chewgum dan minum melalui straw. Ia akan menyebabkan perut cepat kembung sebab lebih banyak udara ditelan tanpa kita sedar.
  4. Elakkan pemanis buatan seperti yang terdapat dalam chewgum sebab ia boleh sebabkan kembung perut.
  5. Minum secawan teh pudina setiap kali selepas makan makan kerana ia dapat melegakan rasa sakit perut kembung.
  6. Air halia hangat juga bagus untuk mengurangkan sakit kembung perut, loya dan rasa tak selesa.

Semoga tips ini memberi kita sedikit info dan panduan kot-kot kita mengalami sakit perut kembung.

Sumber Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments