Kuat berpantang ke?

By Cikla Shahril - September 07, 2015

Selepas melahirkan anak, si ibu memang disuruh berpantang tak kira si ibu secara bersalin normal atau secara pembedahan. 

Semua kaum tak kira melayu, cina, india semua berpantang selepas melahirkan. Kaum melayu kalau ikutkan lagi kuat pantang. Nak ikut tok nenek kita dulu macam-macam. 

Itu sebab mereka masih kuat sampai ke akhir usia mereka. Sebab dengan amalan berpantanglah ni. 

Belum lagi dengan minum jamu dan air akar kayu lagi. Agak-agaknya kalau orang sekarang minum, terkebil-kebil mata nak menghabiskan. Itu pun setengah gelas. Rasa macam kena minum satu jug je. Haha. Sebelum tu, jom kita hayati apa yang tertulis di bawah ni.

Kuat berpantang ke?
Kuat berpantang ke? Sumber Facebook.

Ada orang berpantang 44 hari. Ada orang berpantang 100 hari. Tapi, jujur cikla berpantang 44 hari je. Mengaku. Hehe. Rasanya orang mentafsirkan makna selama mana kita berpantang itu lain-lain kot. 

Ada yang berpantang makan mungkin takut effect kat baby yang masih kecil sebab baby masih menyusu badan. 

Ada juga yang berpantang "bersama" suami mungkin sebab masih trauma dengan pengalaman melahirkan atau masih takut sebab khuatir "luka" masih belum sembuh sepenuhnya.

Walau apa pun, pada pendapat cikla, berpantanglah sebaik mungkin. 

Bak kata orang tua-tua, kalau badan nak pakai lama, pantang betul-betul. Ada yang cakap, kalau tak nak suami cari lain, masa lepas bersalin pantang betul-betul. 

Jaga makan, jaga badan, sayang badan. Lelaki, biasalah. Senang je nak jadikan sebab nak cari lain. *marah lelaki kat luar tu, maybe tak semualah.

Mak cikla pun selalu cakap macam tu. Bukan apa, sekarang memang kita tak rasa apa-apa, nanti esok bila umur dan masuk angka 40 barulah sakit sana-sini. 

Even ada sesetengahnya, baru pertengahan 30-an, dan sakit-sakit badan. Beringatlah, untuk diri sendiri jugak. Peringatan untuk cikla pun.

Rasanya trend orang sekarang berpantang pun dah lain kan. Mungkin ada yang "tahan" badannya. Mungkin ada yang tak. Semuanya di tangan sendiri. 

Tepuk dada tanya diri. Di pasaran sekarang pun macam-macam jamu di jual. Jamu kencur la, jamu susuk dara la, dan lain-lain.

Semuanya kita yang tentukan. Badan kita, kita yang rasa. Betul tak? 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. teringin nk pregnant, boleh berpantang gteww,
    ahhahaa

    ReplyDelete
  2. ha kan.. bila tak jaga pantang, mulalah sakit sana sini

    ReplyDelete