OMG..... sadis sungguh....

By Cikla Shahril - September 13, 2015

Hamboiii, kemain tajuk. Haha, saja bagi segar sikit mate cikla yang dah nak layu ni. Aritu cikla ada update pasal adik Ammar yang memunggah drawer pakaian. 

Tapi, bila cikla tengok gambar kat bawah ni, tetibe cikla terfikir kes adik Ammar ni kira tak berat sangatlah. Kalaulah adik ammar buat apa yang mereka-mereka ini lakukan. 

Adoiii. Bangkit pengsan, bangkit pengsan ibunya. Haha, cuba korang tengok.

OMG..... sadis sungguh....
OMG..... sadis sungguh.... Sumber Facebook.

OMG..... sadis sungguh....
OMG..... sadis sungguh.... Sumber Facebook.

OMG..... sadis sungguh....
OMG..... sadis sungguh.... Sumber Facebook.

Adoiii, yang tak boleh tahan gambar yang budak tu main cat sampai abis kena seluruh badan dengan karpet maknya. Jenuh maknya nak menyental kasi bersih, haha. 

Lagi satu, gambar yang abis putih satu ruang tamu tu, lagilah. Kena sofa lagi. Boleh meroyan maknya tengok oii. Haha. Bijak bijak.

Apapun, syukurlah sebab anak-anak cikla belum sampai ke tahap macam tu sekali. 

Kalaulah diaorang macam tu, tak tau lah nak cakap apa. Mahu mabuk laut ibunya nanti. Anak-anak cikla pun setakat sepah-sepahkan kusyen and susun buat rumah-rumah, amik periuk belanga segala mak nenek peralatan kat dapur tu bawak dalam bilik air nak main masak-masak (boleh tahan lagi). 

Itu je la yang diaorang buat (setakat ni la, tapi tak tulah lepas ni. Hopefully not lah).

Tapi tak apalah, bertabahlah. Orang cakap itulah colourful bila ada anak yang sentiasa aktif.  

Bak kata cikgu kakak Batrisya, kalau anak-anak buat sepah, jangan marah. Biarkan aje. Itu tandanya mereka sedang explore dan gunakan otak mereka. Haha. 

Lepas tu, ibunya pulak yang explore satu rumah mengemas. Kira oklah tu, janji mereka membesar dengan sihat. "Ligat" sikit-sikit tu kira adatlah kan, perkara biasa. Budak-budak ler katakan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments