Letih dan lesu, tanda penyakit ke?

By Cikla Shahril - September 29, 2015

Pernah tak korang tetiba rasa macam letih je, lesu je. Tapi, takdelah buat kerja berat sangat. Kalau kita buat kerja berat, mestilah rasa letih kan. Tapi, ni tak. Kadang-kadang, takde buat apa pun rasa penat je. 

Psstt, korang jangan ambil ringan tau kalau alami gejala macam tu. Kadang-kadang itu adalah satu petanda yang diri kita ini 'bermasalah' dan berpenyakit. 

Letih dan lesu, tanda penyakit ke?
Letih dan lesu, tanda penyakit ke? Kredit Google. 

Cikla ada baca satu artikel dalam Majalah Wanitayang sebenarnya gejala letih dan lesu ni disebabkan oleh penyakit tertentu. Antaranya:

Anemia.

Ia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ia biasanya dialami oleh kaum wanita sebab wanita selalu alami haid yang banyak dan jugak wanita mengandung. 

Tanda penyakit ni adalah mudah rasa letih/lesu, selalu sakit kepala, muka pucat, dan jantung berdebar-debar. 

Kalau korang alami simptom sebegini, cepat-cepat pergi buat pemeriksaan darah untuk mengetahui kadar hemoglobin korang. Bahaya tau!

Hipotiroid.

Disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid dan ini akan sebabkan badan kurang metabolisme, cepat letih, sakit otot, berat badan naik, kulit kering dan tak tahan sejuk. 

Si penghidap perlulah ambil zat besi dan rajin buat senaman ringan untuk tingkatkan kadar metabolisme.

Diabetes.

Haaa, ini lagi satu penyakit popular rakyat Malaysia. Antara simptom adalah cepat haus, mudah lapar, selalu kencing dan berat badan turun mendadak.

Tidur berdengkur.

Mungkin ini adalah tanda kita menghidap Obstructive Apnea Syndrom kerana ia disebabkan oleh saluran pernafasan tersumbat oleh udara semasa bernafas, oksigen kurang diambil. 

Ini akan menyebabkan tidur tidak berkualiti, so kita akan merasa letih pada waktu siang.

Penyakit Celiac.

Merupakan penyakit saluran penghadaman, esp usus kecil. Gejalanya adalah seperti cepat letih, perut kembung, cirit-birit, muntah dan berat badan turun.

Chronic Fatigue Syndrom.

Simptom adalah seperti lesu, sakit pada otot, gangguan memori dan konsentrasi dan isomnia. Selain itu, ia juga boleh disebabkan jangkitan virus, sistem imun terganggu dan gangguan psikologi.

Kemurungan.

Ia merupakan gejala rasa sedih, give up, hilang minat nak melakukan apa-apa aktiviti, letih, tidur terganggu dan mempunyai fikiran untuk cederakan diri sendiri. Wah, bahaya ni, sampai nak cederakan diri pulak kan.

Ermmm, semoga info ini akan memberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada kita. Bukan apa, kadang-kadang perkara macam ni kita kena amik tau jugak kan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments