Elak alergik, jom makan ni!

By Cikla Shahril - September 23, 2015

Alahan oh alahan. 

Mungkin semua tahun selalunya alahan ni terbahagi sama ada kita alah kepada habuk atau debu. Mana taknya, setiap kali kemas rumah, nak-nak pulak kita menyapu habuk, memanglah bersin tak ingat punya. 

Tapi, kalau guna vakum, kurang sikit kot bersinnya (macam cikla). Lepas tu, ada pulak yang alah kepada seafood macam udang, kerang dan ketam (wah, semua feveret cikla tu). Kalau seafood lagilah cikla alah, nak-nak makan udang. 

Terus bibir gatal-gatal dan bengkak. Adoiiii, memang sadis. Ini semua adalah reaction terhadap bendasing yang masuk ke dalam badan kita.

Elak alergik, jom makan ni!
Elak alergik, jom makan ni! Kredit Google.

Haaaa, inilah yang cikla nak kongsikan. Apakah makanan yang boleh kita ambil untuk elakkan alahan dari menyerang. Kira protection lah ni. Makanan itu adalah:

Epal.

Ia dipercayai mengandungi quercetin yang mana mampu mencegah pelepasan histamin (penyebab alergik) dari sel badan sekaligus menstabilkan bahan itu.

Nangka.

Buah ini kaya dengan kandungan air dan ia dipercayai dapat menghilsngkan semua racun yang disebabkan oleh alergik. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan kekebalan badan.

Kunyit.

Ia memiliki sifat anti inflamasi dan anti alergik sebab kaya dengan zat kurkumin. Campurkan sesudu teh kunyit dengan susu panas, dapat mencegah masalah alergik. Amalkan sekurang-kurangnya dua Kali sehari.

Lemon.

Buah ini terkenal sebagai penawar alergik sebab kandungan vitamin C yang tinggi di dalamnya. Ia juga membantu meningkatkan kekebalan badan dan mencegah tindakbalas alergik. 

Selain itu, buah ini mengandungi antioksida yang membantu menyingkirkan racun serta bahan yang tak diperlukan keluar dari badan. Hanya amalkan minum 1-2 gelas jus lemon setiap pagi untuk cegah alergik.

Teh hijau.

Teh hijau mengandungi bahan antioksida iaitu epigallocatechin gallate yang dipercayai dapat mencegah tindakbalas alergik dalam badan. Minum 2 cawan teh hijau bersama lemon dapat menghindar dari masalah alergik.

Bawang putih.

Ia mampu meningkatkan sistem kekebalan badan dan melawan masalah peradangan. Selain itu, bawang putih terkenal sebagai antibiotik untuk alergik dan mencegahnya. Ambil 3 ulas bawang putih  setiap hari mampu mengelakkan alergik bermusim. 

Halia.

Halia terkenal sebagai makanan untuk membuang angin, malah ia juga dipercayai dapat mengatasi masalah alergik sebab ia mengandungi bahan antioksida yang dapat membantu mereka yang menderita penyakit asma. Minum secawan air halia hangat dapat mencegah kita Dari masalah alergik. 

Sebenarnya bahan-bahan yang ada di dalam dapur kita tu banyak manfaatnya selain kita gunakan untuk dalam masakan. Tak salah kita nak cuba kan, masalah tau berkesan daripada kita terseksa menanggung derita akibat alergik.  

Sumber  dari Majalah Wanita. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments