Tips macam mana nak jaga barang kemas.

By Cikla Shahril - August 22, 2015

Wanita dan emas berpisah tiada. Tak dinafikan semua insan yang bernama wanita mesti sukakan barang kemas. Betul tak? Macam cikla, cikla bukanlah peminat tegar barang kemas. Sikit-sikit cukuplah, ada rantai leher/rantai tangan seutas dan beberapa bentuk cincin (itupun cincin merisik dgn cincin tunang). itu pun dah rasa macam banyak. Lagipun nak pakai barang kemas banyak-banyak takut jugak, jenayah ada di mana-mana. Kita kena sentiasa beringat.

Tips macam mana nak jaga barang kemas.
Tips macam mana nak jaga barang kemas. Sumber Google.

Sebenarnya cikla nak kongsi beberapa tips macam mana nak jaga barang kemas supaya ia tak pudar atau rosak. Nak-nak pulak kalau barang kemas yang mahal harganya. Sayang je kan kalau barang kemas dah tak sekilau dulu. Nampak pudar warnanya. Baiklah, jom kita tengok apakah tipnya.

(1) Jangan dedahkan barang kemas kepada bahan kimia/berasid seperti clorox dan klorin. Bahan ini boleh merosakkan permukaan emas dan emas mungkin boleh terputus dalam jangka masa yang panjang.

(2) Jangan tak tahu, perfume juga boleh memudahkan emas. Jadi, kalau boleh elakkan emas dari semburan perfume.

(3) Cuci barang kemas secara konsisten samada melakukan sendiri atau hantar ke kedai emas. Cucian yang betul dapat kekalkan kebersihan dan kilauan emas. Tapi kena ingat kalau hantar ke kedai, ia akan pengaruhi berat emas sebab permukaannya akan dikikis sedikit.

(4) Kalau boleh, jangan pakai barang kemas semasa mandi sebab sabun mandian dan syampu mengandungi bahan kimia di dalamnya.

(5) Emas di simpan dalam kotak khas dan elak dari terdedah terus kepada cahaya. Kalau boleh simpan emas dalam kain sebelum letak dalam kotak untuk elakkan emas tercalar. Pastikan juga emas tak berpintal atau bergeser.

(6) Periksa bahagian cangkuk sebab kalau cangkuk rosak, takut emas boleh tercicir tanpa kita sedar.

Pendek kata, jangan letak barang kemas bersama dengan barang yang mungkin mengandungi bahan kimia sebab ia boleh memudarkan warna emas perlahan-lahan.

Sumber Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. hihi.. nk elak masa mandi tu agak payah..hihi

    ReplyDelete
  2. Tq cik la share tips ni...sangat berguna

    jemput singgah blog sy RAHSIA AWET MUDA WANITA

    ReplyDelete