Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

By Cikla Shahril - August 29, 2015

"Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh. Hari yang mulia, hari bahagia. Sambut dengan jiwa yang merdeka, " Eh eh, betul ke cikla nyanyi ni? Ke main hentam saja, haha. Jadilah, janji ada bunyi, kihkihkih. 

Sekejap je dah sampai bulan merdeka kan? Rasanya baru tahun lepas kita sambut merdeka. Dah sambut lagi. 

Oklah, sebenarnya cikla nak share pasal sambutan hari merdeka sekolah anak cikla. Diaorang buat awal, sebab isnin ni kan cuti. So, kes terlebih excited lah ni gamaknya, hehe.

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Majlis dimulai dengan acara menaikkan bendera Malaysia dan bendera tadika, sambil menyanyikan lagu kebangsaan. 

Bagus-bagus, semua berdiri tegak tanda menghormati bendera dan lagu kebangsaan. Tengok tu, budak-budak dipakaikan baju bendera. Cute kan?

Selepas itu, acara menanam pokok bunga raya sebagai simbolik atau gimik. Wakil bapa dan pengerusi tadika (kak Jamaliah) yang dipertanggungjawabkan menanam pokok tu, kira oklah tu, cantik jugak kawasan sekolah nanti. 

Acara disambung dengan pertandingan mewarna ibu dan anak. Cikla join jugak, tapi takde rezeki menang. Hehe. Biasalah budak-budak kan. Mewarna ikut suka hati dia je.

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.
Sambutan Hari MERDEKA sekolah kakak.

Acara penutup adalah majlis penyampai hadiah, kakak ika dapat jugak lah. Hadiah untuk pertandingan galah panjang peringkat daerah hari tu. Hadiahnya cikgu bagi lambat. Hehe. 

Pada pendapat cikla, bagus jugak kita perkenalkan makna merdeka pada anak kita sejak dari kecik lagi. Budak-budak, biasalah tau nak seronok je, tapi sekurang-kurangnya mereka kenal jugaklah macam mana rupa bendera malaysia kan. 

Bak kata orang tua-tua. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Cikla pun nak wish, selamat menyambut merdeka. Sayangi Malaysia tanah tumpah darah tercinta.

#sehatisejiwa
#iniMALAYSIAkita

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments