Jom shopping di ANGGUN STYLE ONLINE.

By Cikla Shahril - August 12, 2015

Jom cuci mata sat kat butik ANGGUN STYLE ONLINE. Memula cuci mata, tengok-tengok mana tau kot-kot ada yang terberkenan pulak. Memang tak dinafikan bisnes online berkembang pesat macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ececeh, berperibahasa pulak. So, inilah salah satunya, dan boleh dikatakan cikla antara 'pelanggan setia' butik ni. *setialah sangatkan, hehe.

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semuanya di hujung jari je. Nak bayar bil pun online, nak beli tiket wayang pun online bahkan nak shopping-mopping pun online jugak. Semua nak cepat dan mudah. Aiyakkk, cikla pun dah terjebak sama. Bukan apa senang kan, takyah nak bersesak-sesak kat shopping mall nak shopping bagai. Sekarang just bukak laptop, ipad or pc even smartphone pun dah boleh shopping. Siapkan aje fulusnya. Bak kata orang putih, 'Anytime, anywhere. Just one click you can shopping what you want.' Betul tak? Haha. 

Adoi, terbebel panjang pulak dah. Sedikit info mengenai butik ni, butik ni menjual pakaian wanita (kebanyakannyalah) yang up-to-date dan mengikut peredaran fesyen semasa. Baju yang dijual di butik ni semua terkini dan mengikut citarasa orang sekarang. Untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak pun, banyak baju or dress yang sesuai untuk anda. Bf friendly bak kata orang sekarang. Dan yang paling penting, pakaiannya adalah jenis wudhuk friendly. Kebanyakannya. So, mudah kan. Nak dijadikan cerita, cikla adalah grab beberapa baju kat butik ni (beberapa lah sangat. Haha). Cuba tengok tuuu.

Jom shopping di ANGGUN STYLE ONLINE.
Jom shopping di ANGGUN STYLE ONLINE.

Cantik kan? Tapi dress yang cikla beli ni tak bf friendly. Eh eh jangan risau, ada banyak lagi dress yang bf friendly. Cikla saja je beli, lupa diri sat yang cikla still bf my Ammar. Haha. Dah dress nya lawa, apa lagi rembatlah. Haha. Material pakaian ni semua memang sedap and sejuk je bila pakai. Tak panas and tak jarang yang penting keselesaan masa kita memakainya. Oh, yang terpaling penting semua pakaian ni menutup aurat. Itu yang utama. Andai kata korang nak tau more info or saja nak terjah pasal butik ni just click HERE.

Jom shopping di ANGGUN STYLE ONLINE.
Jom shopping di ANGGUN STYLE ONLINE.

Alamak, terpanjang lak review kali ni. Takpelah kan. Bagi can sikit. Hehe. Jangan lupa singgah kat link tu okey. Sebenarnya empunya butik ANGGUN STYLE ONLINE ni adik cikla punya. Saja nak promote and bagi support kat dia. Chaiyok dayah. 

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Tenkiu my sisto 😘😘😘😘

    ReplyDelete
  2. cantik dress Anggun Style macam jubbah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba shopping selai.. try pakai.. kalau ok beli lagi.. hehe

      Delete
  3. yoorin dah skodeng.. cantik2 jugakk design nya..

    ReplyDelete