Ikan bawal masak sambal sos tiram.

By Cikla Shahril - August 18, 2015

Lama cikla tak share resepi kan. Resepi yang cikla share ni semestinya ringkas tapi sedap. Sebelum itu kita tengok dulu gambarnya. Tadaaa, tuuuu diaaaa.

Ikan bawal masak sambal sos tiram.
 Ikan bawal masak sambal sos tiram.

Baiklah, jom kita tengok bahan-bahannya dulu. Bahannya pun senang dan mudah nak cari.

Bahan-bahan :

1-2 ekor ikan bawal sederhana besar.
Sebiji bawang merah (dihiris).
Seulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
5 sudu besar cili giling (kalau nak pedas boleh tambah).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos tomato.
Minyak, garam, gula dan perasa.

Cara membikinnya:

Siang ikan bawal bersihkan dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika sementara menanti minyak panas. Setelah minyak panas, masukkan ikan bawal dan goreng sehingga kekuningan. Selepas itu, angkat ikan dan ketepikan. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga bahan tadi garing dan cili masak. 

Selepas itu, masukkan sos tiram, sos tomato, garam, gula dan perasa. Kacau lagi sampai semuanya nampak sebati. Bila dah sebati dan cili nampak masak, masukkan ikan bawal dan gaul rata. Dah siap.

Macam mana? Senang kan? Orang bujang pun boleh masak. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. selalu masak sweet sour atau sos masam manis kan..ni baru 1st time ni masak sos tiram.. kreatif nya mencipta resipi.. hehehe

    ReplyDelete