Epyhra Skin Bar.

By Cikla Shahril - August 06, 2015

Phewwww, susahnya nak curi masa nak jenguk blog kesayangan ni. Ni pun semua hero heroin cikla dah tido, barulah leh santai-santai sambil belek-belek blog ni. Oklah, kali ni cikla nak review pulak satu produk yang bagi cikla memang magic la. Rasanya mesti ramai yang dah tau pasal Epyhra Skin Bar ni. Kalau tak silap cikla Epyhra Skin Bar ni pernah masuk rancangan Wanita Hari Ini sedikit masa dulu. Jujur, cikla pun baru cuba Epyhra Skin Bar ni. Kebetulan cikla masih tercari-cari pencuci muka yang sesuai dengan diri ni. Alhamdullilah, akhirnya ketemu jugak. Syukurlah.

Epyhra Skin Bar.
Epyhra Skin Bar.

Gambar kat atas ni cikla baru je dapat hari ni. Dah second order dengan kak Julia Johari yang comel tu. Sebenarnya mulanya cikla guna Epyhra Skin Bar. ni bila cikla terbaca fb kak Julia promote Epyhra Skin Bar ni. So, alhamdullilah penggunaan kali pertama nampak macam serasi. Kulit cikla lebih soft, anjal dan rasanya bintik-bintik hitam macam dah kurang. Maybe kesan penggunaan tak sama ikut orang. Ada yang kesannya cepat dan ada yang sebaliknya. Cikla nak share beberapa kebaikan Epyhra Skin Bar. ni, antaranya:
  1. Melembapkan kulit muka dan kulit muka jadi lebih cerah, lembut serta tegang.
  2. Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati serta merawat kulit berjerawat. 
  3. Menghilangkan parut jerawat dan jeragat serta "blackhead" di wajah.
  4. Sesuai digunakan diseluruh badan dan boleh menghilangkan bau badan.

Nak pakai Epyhra Skin Bar ni pun senang sangat:
  1. Basahkan muka dengan air dan gosokkan Epyhra Skin Bar pada tapak tangan.
  2. Kemudian, sapu lembut pada seluruh muka dan urut dengan baik selama 2-3 minit. Kalau kulit gelap bermasalah, boleh urut selama 5 minit.
  3. Selepas itu, bilas bersih-bersih dan sapu pelembap pada kulit. Kalau nak nampak kesan lebih cepat, guna Epyhra Skin Bar 2-3 kali sehari.

So macam mana? Kalau korang belum lagi dapat pencuci muka yang sesuai, cikla syorkan korang try Epyhra Skin Bar ni. Lagipun, ia selamat dan yang paling penting ia sesuai dengan semua jenis kulit, semua peringkat umur dan lelaki atau perempuan pun boleh guna. Tak payah nak risau ok.

Epyhra Skin Bar.
Kesan penggunaan Epyhra Skin Bar.

Gambar kat atas tu gambar cikla sebelum dan selepas cikla guna Epyhra Skin Bar. Malulah pulak. Blushing jap. Ini penggunaan kali pertama. Alhamdulillah memang nampak perubahannya. Syukur. Pasal harga pulak, cikla rasa harganya pun mampu milik. Nak jimat masa nk guna korang boleh potong Epyhra Skin Bar dalam bentuk ketulan kecil. Korang cubalah, baru dapat tahu perubahannya sendiri. More info korang just click link kat bawah tu. Selamat mencuba.

Klik di sini.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments