Asam rebus ikan pari.

By Cikla Shahril - June 04, 2015

Korang mesti tau ikan pari kan. Ikan pari adalah di antara ikan yang sedap kalau dimasak asam pedas. Tapi kali ni cikla nak tukar menu sikit, senang dan semudah 123. Tak perlu letak jintan-jintan tu semua dan bahan-bahannya pun tak banyak. Terima kasih mak sebab ajar. Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Asam rebus ikan pari.
 Asam rebus ikan pari.

Bahan-bahan:

2 keping ikan pari sederhana besar. 
1 biji bawang merah (dihiris).
2 ulas bawang putih (dihiris).
1 sudu besar cili giling/cili boh.
Segenggam daun kesum.
Sekuntum bunga kantan.
Sedikit asam keping.
Sedikit minyak, serbuk kunyit, garam, gula dan perasa.

Tengok tu, bahan-bahannya mudah diperolehi. Jom kita tengok cara nak buat pulak.

Langkah demi langkah:
  1. Potong ikan pari menjadi kepingan kecil. Terpulanglah nak lebar-lebar atau kecil. Kemudian, cuci ikan dengan air asam jawa dan garam kasar untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas itu, perap ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit seketika.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan dihiris sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan cili giling/cili boh dan biarkan garing.
  3. Selepas itu, masukkan ikan pari, daun kesum, bunga kantan serta asam keping. Kemudian tambah air. Biarkan ikan masak dan kuah mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan perasa dan biarkan seketika. 
  4. Tutup api dan siapppp.

Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments