Antara manusia, malaikat dan syaitan.

By Cikla Shahril - May 15, 2015

Sketsa berikut sekadar renungan kita semua untuk memberi kesedaran sekaligus dapat memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. Insha'Allah.

Kisahnya begini:

Manusia; "Eh, dah subuh dah?"
Malaikat; "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat Subuhmu."
Syaitan; "Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni. Awal lagi ni, zzzz."

Manusia; "Nak makan, laparlah." 
Malaikat; "Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah." 
Syaitan; "Ahh, tak payahlah. Dah lapar ni! Makan saja. Sedapnya."

Manusia; "Hari ni nak pakai apa ye?" 
Malaikat; "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat." 
Syaitan; "Ehh, panaslah. Tak ada style langsung. Nampak kampung!"

Manusia; "Alamak, dah lewat!" 
Malaikat; xBersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat." 
Syaitan; "Ahhh? awal lagi? mmm, aahh? Suruh si X punchkanlah?"

Manusia; "Azan sudah kedengaran." 
Malaikat; "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan." 
Syaitan; "Baru pukul berapa. Rilex lah. Awal lagi ni.‘

Manusia; "Eh, eh, tak boleh tengok ini, berdosa." 
Malaikat; "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui! 
Syaitan; "Perggghh, best tu. Rugi ooo kalau tak tengok ni."

Manusia; "Saudaraku sedang melakukan dosa." 
Malaikat; "Wahai anak Adam, cegahlah ia." 
Syaitan; "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dialah."

Manusia; "Aku telah berdosa." 
Malaikat; "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun." 
Syaitan; "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Muda lagi kan. Lagipun hidup hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah)."

Manusia; "Kalau pergi, mesti seronok!" 
Malaikat; "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu." 
Syaitan; "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlahhh!

Kesimpulannya, syaitan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Sama-samalah kita berusaha mengelakkan diri dari terjebak dan tergoda dari godaan syaitan. InsyaAllah.

"Bismillahirrahmanirrahim. Aku berlindung dari syaitan yang direjam."

Sumber dari Whatsapp Group.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments