Kari tetel bersama kentang.

By Cikla Shahril - May 20, 2015

Korang dah lunch? Apa menu? Wah, sedap tu. Oklah, hari ni cikla nak share satu resepi simple versi cikla, iaitu Kari tetel bersama kentang. Senang sangat. Rasanya semua boleh buat sebab memang mudah. Baiklah, memula kita tengok bahan-bahannya dulu.

1/2 kilo daging tetel. (Dibersihkan dan direbus sampai empuk).
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
1 tangkai daun kari.
1 kuntum bunga lawang.
1 batang kayu manis.
1 sudu teh halba.
4-5 biji kentang sederhana besar (belah 4).
I sudu besar serbuk rempah daging.
1 kotak (200 ml) santan.
Sedikit minyak, garam, gula dan perasa. 

Kari tetel bersama kentang.
Kari tetel bersama kentang.

Dah, jom kita tengok pulak cara nak buat (rujuk pada gambar di atas).
  1. Tunis bahan dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan halba sehingga kekuningan. Bahan dihiris kalau nak kisar pun boleh juga. Ikut suka.
  2. Setelah kekuningan, masukkan serbuk rempah daging (cikla guna jenama Babas) dan tumis lagi sampai garing.
  3. Sambil mengacau bahan di (2), masukkan daun kari dan kacau sejenak.
  4. Selepas itu, masukkan daging, air rebusan daging dan kentang. Biarkan sampai daging dan kentang betul-betul empuk. Setelah empuk, masukkan santan, garam, gula serta perasa dan biarkan ia mendidih sampai kuah masak.
Kari tetel bersama kentang.
Kari tetel bersama kentang.

Taadaa. Dah siap pun. Senang je kan? Kalau makan dengan nasi panas, pastu ada pulak ikan masin goreng, pergh terangkat abis. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Mau bertambah-tambah nasinya.

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments