Tips diet : tak makan nasi pun ok.

By Cikla Shahril - February 10, 2015

Kalau dah namanya orang Malaysia, nasi memang dah jadi makanan ruji kita kan. Ada sesetengahnya tu kalau tak makan nasi sehari memang tak sah. 

Tapi, zaman sekarang ni orang yang berdiet dah tak ambil nasi dalam menu harian mereka. Macam-macam cara mereka lakukan. Ada yang memang tak ambil nasi sama sekali, tapi ada jugak yang ambil dalam kuantiti yang sedikit.

Sebenarnya boleh je kalau tak nak ambil nasi semasa berdiet. Tapi, kenalah kuat semangat dan tahan godaan. Kita boleh gantikan nasi dengan sumber karbohidrat kompleks yang lain dan diambil secara rutin malah ternyata lebih sihat. 

Merujuk kepada artikel ruangan Kelab Diet (Majalah Wanita) terdapat kelebihan apabila kita berdiet tanpa nasi. Haa, Inilah yang cikla nak kongsikan.

Kalau korang nak tau, dengan kurangnya memakan nasi ia dapat mengurangkan nafsu makan sebab nasi mengandungi karbohidrat yang meningkatkan nafsu makan. Ia akan menyebabkan seseorang itu ingin makan dan terus makan sampai susah nak elak. 

So, kena kuatkan semangat kalau betul-betul nak berdiet tanpa nasi. Kalau tak harapan memang tinggal kenangan ajelah nanti. Hehe.

Selain itu, berat badan turun dengan cepat sebab pengambilan karbohidrat yang banyak penyumbang kepada masalah kegemukan. Gantikan karbohidrat dengan protein supaya penurunan berat badan berlaku dengan pantas.

Tips diet : tak makan nasi pun ok.
Tips diet : tak makan nasi pun ok. Sumber Google.

Pengambilan nasi yang dikurangkan dalam menu harian jugak dapat mengatasi masalah sembelit sebab walaupun nasi mengandungi serat tapi kandungannya adalah paling rendah. Gantikan nasi dari beras merah sebab ia mengandungi lebih banyak serat yang boleh melancarkan sistem percernaan.

Di samping itu, ia jugak dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Sebab tu, bagi pesakit kencing manis mereka tak digalakkan mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak untuk menjaga kadar gula supaya dalam keadaan normal.

Apapun pada cikla, kalau nak ambil nasi masa berdiet pun boleh, janji hadkan pengambilannya. Kalau tak pun, gantikan nasi dengan sumber karbohidrat lain supaya badan kita masih mendapat sumber tersebut walaupun tak dari nasi.

Marilah sama-sama kita berdiet. Tapi ingat, berdiet secara sihat, bukan menyeksa diri tau.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. mmg diet tanpa nasi cepat berkesan.. tp tu lah susah nak hilangkan ketagihan nasi ni walaupun sekadar nasi kosong hehehe

    ReplyDelete
  2. biasa saya balik kolej baru makan nasi

    ReplyDelete
  3. kita tengah buat lah sekarang ni. tak makan nasi dah tiga minggu ^^

    ReplyDelete