Semuanya mengenai telur....

By Cikla Shahril - February 27, 2015

Sebenarnya cikla nak kongsi petua mengenai telur, iaitu telur ayam. 

Pertama, macam mana nak tau kualiti telur ayam itu ok ke tak. Senang je, korang amik telur rendam dalam air yang banyak. Then, tengok keadaan telur tersebut, adakah;

Jika telurnya terbaring di dasar bekas maknanya telur itu berat dan masih baru. Jika telurnya miring sedikit atau berdiri di dasar bekas maknanya telur itu sudah seminggu. Jika telur itu terapung maknanya telur itu sudah lama dan mungkin busuk.

Selain itu, selalu amalkan basuh telur sebelum disimpan atau digunakan sebab ia dapat membersihkan telur itu daripada najis yang melekat pada kulit telur. 

Mengikut hukum syarak, telur yang tak dibasuh dikhuatiri haram dimakan. Untuk mengekalkan kesegarannya pulak, jangan simpan telur terlalu lama atau diletakkan di tempat yang panas dan terdedah. Simpan dalam bekas tertutup.

Semuanya mengenai telur....
Semuanya mengenai telur.... Image credited to google.

Di samping itu, kalau nak senang mengupas telur rebus mudah aje. Kalau nak elak kulit telur melekat pada isinya, rebus telur macam biasa. 

Bila telur dah mengeras, ketuk kulit telur supaya pecah dan biarkan ia terendam seketika dalam air rebusan sebelum diangkat. Ia akan memudahkan kita mengupas kulitnya. Tak percaya? Cubalah.

Kadang-kadang petua orang lama ni ada betulnya juga kan. Ada orang cakap, takde lama, takdelah yang baru. Semoga info ini beri sedikit ilmu pada kita khususnya mak-mak ye.

Sumber info dari ruangan petua (majalah wanita).

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments