Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1).

By Cikla Shahril - January 07, 2015

Kalau orang perempuan memang ada sesetengahnya obses sangat dengan kasut terutamanya high heels. Macam cikla adalah beberapa pasang kasut yang menjadi kesayangan. Tapi, cikla lebih suka pada kasut yang flat daripada high heels. Lagi selesa dan mudah. Kalau dulu masa anak dara bolehlah bergaya dengan high heels bagai. Sekarang ni dah anak tiga, dapat bergaya dengan wedges pun dah kira oklah tu. Hehehe.

Tak dinafikan memang high heels cantik bila dipakai, Sebab ia akan menambahkan keyakinan si pemakai di samping menjadi daya tarikan. Sehubungan dengan itu, cewahhh skema lak ayat tetibe. Hehe. 

Kat sini cikla nak kongsikan beberapa panduan yang mungkin berguna semasa kita nak membeli kasut. Bayangkanlah mahal-mahal kita beli kasut tapi bila pakai kaki melecetlah, lukalah, tak selesalah dan macam-macam lagi masalah. Jadi, jom kita semak apakah tips itu;

  1. Beli kasut masa siang hari atau petang sebab ia membolehkan kita mendapatkan ukuran yang lebih tepat dan selesa dengan kaki kita. 
  2. Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Masa try tu jalan-jalanlah dalam kedai untuk mendapat keselesaan yang kita mahu.
  3. Tumit dan jari pastikan tak terkeluar daripada saiz kasut asal serta pastikan anda memakai kedua-dua kasut yang dipilih, berdiri tegak dan berjalan.
  4. Pada yang suka pakai stoking atau sarung kaki, masa nak try kasut pakai sekali stoking atau sarung kaki supaya sesuai dengan kasut yang nak dipilih.

Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. (Part 1).
Tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai. Kredit Google. 

Oklah, sekarang ni cikla nak kongsi pulak perkara yang tak boleh dibuat semasa membeli kasut. Iaitu;

  1. Jangan terburu-buru semasa memilih kasut. Cool dan tenang. Hehehe.
  2. Jangan beli kasut pada waktu pagi sebab masa tu kaki belum mengembang dengan ukuran yang maksimum.
  3. Jangan hanya duduk masa mencuba dan jangan hanya cuba sebelah kasut sahaja.
  4. Jangan beli kasut hanya berpandukan kepada saiz sahaja tanpa mencubanya dahulu. Sebab tak semua jenama sama saiznya mengikut produk memasing.
  5. Jangan pilih kasut yang terlalu ketat walaupun menganggap kaki akan biasa dengan saiz tersebut sebab lama-lama kaki akan sakit dan melecet.

Cikla harap tips di atas akan beri sedikit sebanyak pengetahuan pada kita terutama semasa kita mahu membeli kasut. Kasut bukan hanya berfungsi memberi keselesaan sebagai pelapik kaki malah ia juga menjadi pelengkap gaya seseorang agar nampak lebih menarik dan anggun ketika berjalan.

Sumber : MAJALAHWANITA/TIPSFESYEN.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments