Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja.

By Cikla Shahril - August 13, 2014

Zaman sekarang ni kebanyakan ibu berkerja demi untuk membantu suami mencari keperluan rumahtangga. Tak dinafikan ada yang terus bekerja walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Boleh jadi kelam-kabut dibuatnya.

Mana nak urus kerja pejabat lagi, anak-anak lagi, suami dan keluarga. Habis kerja pukul 5 petang, balik rumah nak fikir hal rumah pulak. Nak masak untuk keluarga. Kemas rumah, ambil anak sekolah agama dan macam-macam lagilah. 

Jadi, di sini cikla nak share beberapa panduan yang mungkin boleh digunapakai oleh para ibu yang bekerja. Walaupun cikla seorang surirumah tangga. Sharing is caring kan.

Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja.
Panduan menguruskan keluarga bagi ibu berkerja. Kredit Google. 

1. Aura negatif jangan bawa ke rumah. Kalau ada perkara yang tak disenangi berlaku di pejabat, tinggalkan aje di pejabat. Jangan campur-adukkan.

2. 15 minit pertama bila sampai kat rumah, luangkan masa dengan mandi dan solat. Jangan lupa senyum, berbual dan memeluk anak sebab ia akan memberikan ketenangan. Jangan anggap anak sebagai beban sebab kehadiran mereka menyerikan hidup kita.

3. Jangan nak jadi "superwomen". Konon-konon semua perkara kita nak buat sedangkan tenaga dan fikiran kita terbatas. Buat apa saja yang termampu. Kalau tak sempat cuci baju, hantar saja ke dobi. Kalau agak-agak tak sempat masak, beli aje lauknya. Balik rumah tinggal masak nasi je. Hehehe.

4. Luangkan masa tengok ceramah pendek di YouTube dengan anak, baca Al-Quran dan buku dengan anak, bercerita atau bersembang dengan mereka. Solat dan mengaji dengan mereka sebab itu sangat penting supaya mereka tak kan pernah rasa terabai walaupun ibunya sibuk berkerja.

5. Urus kewangan dengan bijak dan belanja apa yang perlu sahaja.

6. Tanam sifat ihsan dalam jiwa anak serta didik mereka supaya sentiasa cintakan Allah. Kalau mereka buat salah, ajarkan supaya mereka takutkan Allah, bukan manusia. Samada kita ada atau tak bersama mereka, mereka tetap akan berakhlak mulia.

7. Ajar anak bina wawasan positif untuk masa depan supaya mereka ada matlamat hidup terutama anak remaja.

8. Hidupkan realiti mati dalam keluarga sebagai sesuatu yang boleh menjemput kita pada bila-bila masa.

9. Akhirat adalah realiti hidup kita. Sentiasa membimbing anak ke arah itu.

10. Banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa membimbing kita, suami dan anak serta sentiasa gunakan usia yang ada untuk mencari keredhaan.

Jadi, walau sesibuk manapun kita bekerja tapi sebagai ibu dan isteri, anak serta keluarga tak patut diabaikan. Jangan jadikan kesibukan dan tekanan kita di tempat kerja sebagai modal/sebab untuk kita mengabaikan anak-anak. 

Lebih teruk lagi jangan sampai mendera mereka. Sayangi dan hargailah keluarga kita kerana mereka merupakan anugerah yang tak ternilai.

Sumber: metro/hati.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments