Bila lelaki terlalu mencintai......

By Cikla Shahril - August 14, 2014

Memang ada sesetengah lelaki yang memang cukup jiwang dan caring habis kalau bercinta. Tapi, tak kurang jugak ada sesetengahnya yang suam2 kuku je dengan pasangan. 

Bila ditanya, katanya tak reti camne nak tunjuk rasa sayang kat pasangan.

Ada gak yang camtu kan? Hehehe. Tapi, tak apalah. Janji dia sayang kita pun dah cukup baik kan? Ermm. 

Sebenarnya, cikla nak cite pasal lelaki yang terlalu sayangkan pasangannya. Ciri-cirinya macam mana agaknya ye? Manelah tau kot2 suami or bf kita cam gitu. Kita je yang tak perasan. Hehehe.

Bila lelaki terlalu mencintai......
Bila lelaki terlalu mencintai......

Ciri 1: Kalau dia melakukan sesuatu memang bersungguh-sungguh sesangat. Bukan sebab terpaksa. Semuanya rela dilakukan demi buah hati tersayang.

Ciri 2: Kalau pasangannya bermuram durja, dia sedaya-upaya dia nak hiburkan dan bagi pasangannya ketawa/happy. Walaupun dia sebenarnya bukan pak lawak pun. Alololoo... suwetnyee.

Ciri 3: Sentiasa memberi nasihat dan menegur pasangannya kalau pasangannya buat silap sebab sayang. 

Ciri 4: Berusaha mengongkong kebebasan pasangannya sebab cemburu. Tapi, jangan terlalu mengongkong tau, kang tak pasal2 si dia rasa bosan lak.

Ciri 5: Dia sentiasa takut kehilangan pasangannya.

Ciri 6: Sentiasa mengawasi pergerakan pasangan sebab asyik curiga je. 

Ciri 7: Memang tak suka/pantang kalau ada lelaki lain rapat dengan pasangannya. 

Ciri 8: Memang sensitif/cemburu sangat kalau pasangannya tak menumpukan perhatian padanya lebih2 lagi kalaulah pasangannya asyik bercerita pasal orang lain (espeacially pasal lelaki lain) bila keluar berdating dengannya. Lagilah membara-bara cemburunya. Leh merah muka dibuatnya. Hehehehe.

Ciri 9: Kadang kadang dah macam budak kecik, sebab nakkan perhatian sebab dia nak pasangannya melayan or beri perhatian lebih pada dia.

Ciri 10: Dia boleh jadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu pasangannya melakukan apa sahaja. Tetiba rajinlah pulak kan.

Haaa, camne? Ada tak ciri2 tu kat pasangan korang? Tak kiralah suami ke bf ke. heheheee. Kalau tak semua mesti ada salah satu kan? Betul tak? 

*Sumber info Majalah Wanita/DuniaLelaki. *Image kredit to Google.com.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments