Nak berubah: cakap senang, buat susah!

By Cikla Shahril - April 11, 2014

Di awal kata semoga kita semua berada di bawah lindungan taufiq dan hidayahNya. Cikla harap semua sahabat cikla sihat. Berubah, mengubah dan diubah, kata akar yang sama tapi makna berbeza. 

Sesetengah orang memang senang je cakap, ala nanti aku berubahlah tapi tengok-tengok macam tu gak. Takde bezanya. Sebab apa agaknya ye?

Hmm. Sebenaqnya bila kita betul-betul nak berubah terutamanya ke arah yang lebih baik, kita kena tanamkan azam dan tekad yang tinggi, di samping keyakinan diri untuk berubah. 

Lagi satu kita kena berani. Berani untuk berubah sebab salah satu hal yang buatkan kita susah nak berubah ialah rasa takut. Dah tu takut pun tak kena tempat dan terus menerus menghantui diri. Kan susah macam tu?

Nak berubah: cakap senang, buat susah!
Nak berubah: cakap senang, buat susah! Gambar hiasan. drmaza.com

Kita kena ingat Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan amalannya.  Sebagai orang Islam yang beriman, kita perlu berjiwa berani, rela dan sanggup menghadapi cabaran asalkan ia membuahkan hasil yang kita nak.

Faktor lain yang penting jika kita mahu berubah adalah keluar dari persekitaran yang tak membina. Jauhkan diri dari teman yang kita rasa mengajak kita ke arah keburukan. Jika kita rasa kita tak mampu nak nasihatkan mereka, keluarlah dari kelompok itu.

Tapi, jangan lupa mendoakan mereka supaya turut diberi hidayah untuk berubah.

Bagi cikla, apa yang penting jangan cepat putus asa pada ujian yang datang. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita dan ia akan menjadikan kita lebih cekal hati untuk melakukan perubahan. InsyaAllah.

Kreadit: Ruangan cermin diri oleh Idris Musa.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments