HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?

By Cikla Shahril - April 10, 2014

Dengan kecanggihan teknologi la ni, tak dapat nak nafikan macam-macam fesyen atau jenis headphone dan earphone kat pasaran ni. Nak yang besar, kecil, colourful. Macam-macam ada. Tapi, apa yang kita terlepas pandang akan bahayanya gajet ni. Moh kita tengok apa kesan pengunaannya pada diri, bukan apa orang tua-tua kata cegah sebelum kena. Tak gitu? Dah-dah, moh kita.

HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke?
HEADPHONE dan EARPHONE, bahaya ke? Kredit Google. 

Pertama, boleh meningkatkan kadar bakteria dalam telinga sebab udara bersih di sekeliling kita tak dapat masuk dalam telinga. Mana taknye, ruang udara jadi pada padat dan kecil.

Kedua, muzik yang kuat boleh merosakkan gegendang telinga sekaligus menurunkan kekuatan daya pendengaran.

Ketiga, jangan pakai kedua gajet ni semasa memandu atau melancong. Sangat tak digalakkan. Bukan apa, kalau kita pakai masa memandu, kita tak akan dengar bunyi kenderaan di belakang atau di depan. Kan bahaya tu. 

Keempat, beri kesan negatif pada kesihatan. Sesetengah orang akan merasa pening bila menggunakan gajet ni. Pastu, berkongsi pulak dengan orang lain, nah senanglah penyakit nak berjangkit. Sebaiknya bersihkan dulu gajet tu sebelum atau selepas berkongsi dengan orang lain.

Kesimpulannya, setiap perkara pasti ada baik dan buruk. Pandai-pandailah kita menilainya, jangan sebab nak cantik or nampak moden punya pasal, diri merana.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments