Mahar lambang kasih sayang.

By Cikla Shahril - January 15, 2014

Mahar berasal dari bahasa arab yang bermaksud mas kahwin. Dari segi syarak, mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh si suami kepada si isteri dengan sebab pernikahan. 

Dalil yang mewajbkan mahar kepada isteri, antaranya dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 4 yang bermaksud, 

"Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib." 

Pemberian mahar adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri dan ia mencerminkan kasih sayang serta kesediaan suami untuk hidup bersama isteri malah sanggup berkorban demi kebaikan bersama di samping ia juga penghormatan suami terhadap isteri. 

Tapi, mahar bukanlah satu daripada rukun nikah atau syarat sah nikah. Kalau pasangan yang mahu bernikah setuju tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tetap sah. 

Hukum memberi mahar kepada isteri adalah wajib. 

Dalam mazhab Imam Syafie, mahar diwajibkan bukan atas sebab akad nikah yang sah sahaja , tapi juga dengan persetubuhan. 

Kalau akad nikah itu tidak sah, suami tak wajib beri mahar kepada isteri melainkan selepas berlakunya persetubuhan. (Untuk lebih lanjut sila rujuk pada yang lebih pakar).

Mahar lambang kasih sayang.
Mahar lambang kasih sayang. Sumber Google.

Islam tak menetapkan kadar/had maksimum atau minimum dalam menentukan mahar tapi bergantung kepada uruf (keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat/masyarakat).

Apakah jenis-jenis mahar?

Pertama; mahar musamma iaitu mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam akad nikah macam yang diamalkan hari ini. 

Mengikut ulama, mahar musamma wajib dibayar oleh suami bila berlaku salah satu daripada perkara berikut; persetubuhan antara suami isteri atau kematian salah seorang daripada mereka sama ada suami atau isteri. 

Kedua; mahar misil (mahar yang sepadan) iaitu mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam akad nikah.  

Jika berlaku keadaan ini, mahar itu hendaklah diqiaskan/disamakan dengan mahar wanita yang setaraf dengannya dalam kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau ibu saudaranya. 

Jika tidak, diqiaskan pula dengan mahar wanita lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalan masyarakat. Dan jika tidak juga, terpulanglah pada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat. 

Apa perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan kadar mahar?

Rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan, ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran, keluhuran budi dan status wanita itu sama ada gadis atau janda. 

Ini kerana kadar mahar berbeza-beza mengikut ciri-ciri yang disebutkan diatas.

Waallahualam.

*Sumber : Ruangan Addin Harian metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments