Elak 4 karakter negatif untuk menjadi isteri solehah.

By Cikla Shahril - January 15, 2014

Setiap suami mengidamkan isteri yang solehah. Tidak kira dari segi perbuatan, tutur kata, layanan terhadap suami dan tanggunggjawab terhadap anak-anak dan keluarga. Isteri yang solehah mampu menbentuk rumahtangga yang aman dan bahagia. 

So, cikla nak share 4 karakter yang para isteri mesti jauhi jika mahu menjadi seorang isteri yang solehah.

Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah.
Elak 4 Karakter Negatif Untuk Menjadi Isteri Solehah. Sumber Google.

Jauhi sikap suka mencabar suami. Isteri mestilah sentiasa bertenang menghadapi semua keranah suami kerana secara psikologinya, sikap ego si suami pasti ada dan sentiasa terbawa-bawa dalam rumahtangga. 

Kalau kita kurang bersetuju dengan pendapat suami, bertanya dengan sopan supaya si suami tak terasa dirinya dicabar. 

Ingat, suami mempunyai maruah dan harga diri. jadi, dah tentu dia tak ingin mendengar tutur kata dan perbuatan yang tak sopan.  

Jauhi sikap "mulut celupar/cabul". Jangan menghina suami kerana ia dengan sengaja membangkitkan rasa sakit hati si suami. sifat cela ni wajib dijauhi jika kita mahu mengeratkan hubungan dengan suami.   

Jauhi sikap mencurigai suami.  Jangan berprasangka buruk dengan suami misalnya kalau suami balik kerja lambat, mulalah fikir bukan-bukan. 

Lebih teruk lagi, bila suami penat-penat balik kerja si isteri menyambut suami dengan tohmahan melulu sampai si suami naik rimas.

Jauhi sikap cerewet tak bertempat. Cerewet tak salah sebab ia melambangkan sikap berhati-hati, tapi kalau si suami dalam mood stress, si isteri perlu faham.  

Tapi, apa yang penting sebagai suami isteri mestilah saling memahami, bertolak ansur dan sentiasa bersikap terbuka menghadapi keranah masing-masing. 

Kalau ada sikap yang kurang elok, buanglah dan berubahlah menjadi lebih baik demi keharmonian rumahtangga kelak. 

Barulah boleh cakap, 'with you and love you till Jannah'. Betul tak? 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. lelaki pastinya ego tinggi dan pantang dicabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap org pasti ada egonya kan. Tp biarlah bertmpt. Kdg2 kita kna rendahkn ego utk jernihkn keadaan..

      Delete