Awas Kata2mu.....

By Cikla Shahril - January 14, 2014

Rasanya tak terlambat lagi cikla nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL ye. Sama-samalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Emmm, time time cam gini biasalah kan. Bila cikla dapat mengadap laptop ni maknanya takde orang kacau la tu, hehe. Mana tanya, dua anak bertuah cikla dah tido. Yahooo. Ibunya boleh rehat dan godek-godek blog ni.

Sebenarnya macam dah lama cikla tak update entri kat belog ni. mana taknya, dah dekat seminggu kot cikla dok mengadap belog ni konon2 nak cantikkan la kan, hahaaa. Cantiklah sangat. 

By the way, thanks la pada blogger-bloggeryang dah buat tuto untuk cantikkan belog dan tambah apa yang patut. bukan apa  tuto camni amat penting untuk blogger-blogger amatur macam cikla ni. haha. Lagilah yang kena guna coding coding bagai. Memang fenin la.

Dulu masa studi ada gak cikla belajar pasal programming ni, tapi al maklumlah. Lupo dah den. Hehehe.

Awas Kata2mu.....
Awas Kata2mu..... Gambar hiasan.

Ermmm, apa cikla nak citer ni ek? ok ok. Actually cikla nak bagi pendapat pasal satu perkara ni ha. Pasal hormat dan tau jaga perassan orang di sekeliling kita. bagi cikla perkara ni memang amat penting.

Lagi pula kita hidup dalam bermasyarakat. tutur kata pun kena jaga. Kadang-kadang kita tak rasa pun apa yang kita cakap tu boleh buat orang lain tersinggung. orang yang mendengarnya pula memang tak akan lupa sampai bila-bila. Ada orang kata nak puaskan hati orang memang susah.

Ye, memang betul tu, cikla pun akui. tapi kita pula kenalah selalu peka dan jaga apa yang keluar dari mulut kita. bak kata pepatah, terlajak perahu boleh undur, tapi terlajak kata buruk padahnya. Ini ingatan untuk diri cikla jugak.

Cukuplah tu kan. nanti tulis panjang-panjang pun tertidoq lak kome membacanya. Akhir kata, jagalah tutur kata kita kerana tajamnya lidah adalah melebihi dari mata pedang!. Ingat tu! Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments