Sahabat Yang Membahagiakan.

By Cikla Shahril - October 09, 2013

Kali ni cikla nak share pasal sahabat. Ya, sahabat diibaratkan sebagai hadiah abadi malah mereka dianggap guru hati yang selalu mengingatkan kita apa yang telah, sedang dan akan berlaku. 

Sahabat sejati amat payah di cari, kerana ia umpama satu dalam seribu. Orang ada cakap, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis payah sekali.

Mana taknya, bila senang ramai yang nak dekati. Bukan kawan pun mengaku kawan. Tapi, bila kita ditimpa kesusahan, kawan yang sebelum ni baik dengan kita hilang lesap tanpa jejak. 

Hahaha, masa ni la kita baru tau mana kawan sebenar dan mana kawan halimunan. Faham kan maksud cikla? 

Sahabat Yang Membahagiakan.
Sahabat Yang Membahagiakan. Kredit Google 

Jomlah kita tengak 6 jenis sahabat yang dapat membuatkan kita bahagia.

  • A lifelong friend, mempunyai sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dalam banyak perkara dan boleh memberikan kita aura positif dalam diri kita. 
  • A spiritual friend, Duke University Medical Center mengatakan mereka yang selalu menghadiri ceramah agama mempunyai peluang untuk hidup lebih lama. 
  • A new friend, sahabat baru akan memberikan kita suasana yang baru dalam kehidupan. Ia merangkumi aspek pemikiran dan ruang lingkup persahabatan yang lebih luas. 
  • A friend who can empathize, bersahabat dengan orang ketika kita menghadapi masalah tak salah. Ini kerana sokongan dari sahabat dapat memberi kesedaran bahawa masih ada orang yang sanggup bersama kita dalam apa jua keadaan. 
  • A workout friend, ada kajian mengatakan motivasi trrbaik untuk mereka melakukan senaman adalah dari orang yang terdekat iaitu sahabat yang punya komitmen yang sama untuk melakukan senaman. 
  • A younger friend, bersahabat dengan orang yang lebih muda memberikan perspektif dan pengalaman yang berbeza dalam menikmati kehidupan. Hidup akan lebih bermakna kerana semangat yang tinggi lahir dari hati yang sentiasa gembira.

    So, macam mana? Semua orang mesti nakkan sahabatnya sentiasa ada di sisi mereka masa susah mahupun senang, kan? Sahabat yang selalu mengajak kita ke arah kebaikan. 

    Marilah kita sama-sama scan dan review adakah sahabat kita sekarang termasuk dalam senarai sahabat sejati yang kita idam-idamkan. Waallahualam.

    (Sumber: Majalah RAPI 2011)

    • Share:

    You Might Also Like

    0 Comments