Pentingnya kepercayaan...

By Cikla Shahril - October 08, 2013

Percaya, trust, believe memang penting. 

Sebenarnya, rasa percaya ni amat penting tak kira dalam apa jua hubungan samada hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan bahkan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta.

'Percaya' seringkali dijadikan topik utama dalam sesebuah lirik lagu. 

Haa, betapa pentingnya kepercayaan ini sehinggakan dalam apa jua bentuk pun orangg gunapakai supaya manusia tak kan lupa betapa pentingnya ia.

Pentingnya Kepercayaan...
Pentingnya Kepercayaan... Gambar hiasan.

Tapi, apa yang harus kita ingat kadang-kadang orang merasakan membina kepercayaan orang pada kita memang senang. Tapi, memusnahkan kepercayaan pula sebenarnya lebih senang lagi. 

Jadi, jagalah kepercayaan yang telah diberikan pada kita sebaiknya, kerana sekali kepercayaan dirobek takkan sama dengan sebelumnya. 

Dan untuk mendapatkan kembali kepercayaan itu amatlah payah jika perasaan ragu masih menguasai diri. 

Kesimpulannya, peliharalah kepercayaan sebaiknya kerana itu asas kukuhnya sesebuah perhubungan. Waallahualam....

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments