10 July 2013

Tujuh Golongan Dilindungi ALLAH SWT.

July 10, 2013 0 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Tujuh Golongan Dilindungi ALLAH SWT. | Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda: Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindunganNya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya.

(1) Imam (pemimpin) yang adil.

(2) Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.

(3) Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.

(4) Orang yang hatinya tergantung pada masjid.

(5) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.

(6) Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah".

(7) Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.


Gambar hiasan.

Ramadan... SATU PERJUANGAN.

July 10, 2013 0 Comments
Ramadan... SATU PERJUANGAN. | Assalamualaikum... Salam Ramadan semua.  Hari ini bermulalah semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan rukun islam yang ketiga ni. Semua diwajibkan, tiada yang berkecuali. Cikla pun tak berkecuali. Gigih menunaikan puasa ini. Semoga Allah memberkati kita semua. Puasa... bererti menahan diri daripada makan dan minum serta pekara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Puasa mengajar kita erti sabar, tabah dan meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Bulan puasa juga syaitan dan iblis dirantai. Pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Inilah peluang kita memperbanyakkan amalan dan menambah pahala, sekaligus memperbaiki diri menjadi lebih baik.


Ramadan... SATU PERJUANGAN.
Gambar hiasan.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua beroleh KEBERKATAN dan RAHMAT dari Yang Maha Kuasa. Amin ya Rabb... Waallahualam.....


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.