PRU OH PRU!

By Cikla Shahril - April 22, 2013

Salam 1 Malaysia! Hari ni hari isnin, 22hb April 2013. Ada lebih kurang seminggu lebih lagi kita akan mengundi. Sekarang ni pun, sana-sini sudah meriah dengan bendera-bendera, slogan-slogan dan macam-macam flyer parti-parti yang bertanding. 

Hatta, sebelum penamaan calon lagi, sudah ada bendera-bendera parti diletak di sana sini untuk meraih sokongan. Kali pertama cikla mengundi tahun 2008! 

Dan tahun 2013 ni, tahun kedua. Syukur alhamdulillah, kerana Allah SWT memberikan kesempatan lagi untuk cikla mengundi.

Bagi cikla, mengundi memang hak kita sebagai rakyat dan negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Siapa yang akan memerintah negara, semuanya ditentukan oleh rakyat. 

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab buatlah pilihan yang bijak agar keharmonian negara dapat dikekalkan.

Sebenarnya kita kenalah pilih pemimpin yang boleh buat kerja, ataupun yang pandai cakap pandai buat. Jangan yang pandai cakap tak serupa bikin! Dari situlah rakyat menilai. 

Kalau cikla, cikla perlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan boleh menjadikan negara kita yang tercinta ini lebih maju dan gah di mata dunia. 

Cikla sayangkan Malaysia ini. Selama ini cikla memang bersyukur sangat sebab dilahirkan di negara ini. Negara yang aman, damai, makmur dan sejahtera.

Bila dengar pergolakan dan perang yang berlaku di negara luar, cikla jadi seriau dan takut kebebasan yang kita ada sekarang ini mestilah kita hargai. 

Wahai anda-anda di luar sana, buatlah pilihan yang bijak dan terbaik. Kita perlukan pemimpin yang boleh membela nasib rakyat dan sentiasa sedia mendengar semua masalah dan rintihan rakyat. 

Ingat tu, pilih ikut akal fikiran yang waras, jangan ikut hati dan nafsu. Takut tersalah pilih, menyesal tak sudah.

SELAMAT MENGUNDI! Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. tolak pakatan luruskn barisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... kita buat pilihan yg betul...

      Delete
  2. Pentingkan keamanan dan kemakmuran negara. Undi ikut akal yg waras. Jgn ikut nafsu dan amarah...... nanti menyesal x sudah...

    ReplyDelete