Macam-macam ragam...

By Cikla Shahril - April 15, 2013

Eloo, salam isnin. Hehe, pejam celik, pejam celik sekejap je masa berjalan. Bulan April dah sampai setengah bulan dah. Cepatnya masa berlalu. Tengah-tengah duduk santai-santai ni, terasa macam nak update something kat sini. Emmm, sekarang ni cikla kat kampung. Dari kampung ke kampung.

Memang tak boleh nak nafikan suasana kampung memang mendamaikan. Tak macam kat bandar. Asyik sibuk je, riuh rendah dengan bunyi kenderaan dan dengan manusianya lagi, yang macam-macam ragam. 

Hari tu, masa cikla nak balik kampung ni, cikla singgah kat satu shopping complex ni. Sambil-sambal tunggu encik suami menyetelkan kerjanya, cikla lepak-lepaklah dengan anak-anak cikla. 

Saja nak tengok ragam manusia dan macam-macam fesyen yang digayakan. Macam-macam!

Ada sesetengahnya fesyen kira oklah. Tapi, ada pulak fesyennya entah apa-apa entah. Pelik dan kelakar. 

Bukannya nak gelakkan or nak komen gaya orang, tapi kalau nak berfesyen tu biarlah kena gaya dan tempat. Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN.

Buat diketawakan di orang aje. Cikla sendiri pun bukanlah pandai sangat nak jugde orang dan tak ada lah pandai sangat dalam fesyen-fester ni. Cikla pakai ikut sesuai dan cantik di badan. Tapi, janganlah sampai over pulak. Sentiasa ikut perkembangan ya'.

Waallahualam.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Berpada2 jgn over... pelik ropenye..

    ReplyDelete